Rezeki itu bergantung kepada Qadar Allah dan usaha manusia.
Beriman kepada Qadha’ dan Qadar
adalah rukun iman yang keenam. Qadha’ ialah ketetapan Allah misalnya kematian
dan lain-lain manakala qadar bererti takdir iaitu ketentuan Allah kepada
hambanya. Qadar manusia walaupun sudah ditentukan Allah sejak awal lagi, namun
ianya boleh diubah dengan usaha manusia. Misalnya jika qadar Allah kepada
sifulan itu untuk terjatuh ke lembah maksiat didunia ini, namun ianya boleh
diubah jika sifulan itu berusaha untuk menjauhi lembah itu dengan menuntut ilmu,
bergaul dengan orang soleh, berusaha mujahadah diri bersungguh-sungguh dan
banyak lagi.
Rezeki manusia juga bergantung
kepada Qadar Allah dan usaha manusia. Apabila disebut ‘rezeki’ kebanyakan orang
terus membayangkan duit. Memang duit itu salah satu bentuk rezeki namun
sebenarnya konsep rezeki ini adalah lebih luas lagi.Konsep rezeki terbahagi kepada tiga:
1)
Kita usaha dan kita
dapat.
Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar
upah. Rezeki ini selalu kita Nampak.
2) Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.
Contohnya, upah
yang kita dapat, kita sedekahkan kepada orang kan ‘sharing is caring’ atau
tiba-tiba computer riba rosak, perlu diperbaiki cepat terutama pelajar nak buat
assignment. Ramai orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini
adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain,
kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Sedangkan banyak hikmah disebaliknya kerana ianya bertujuan untuk sucikan harta kita, pengampunan dosa kita, dan
mungkin Allah nak beri nikmat yang lebih besar daripada ini nanti.
3)
Rezeki yang kita tak
usaha pun, tapi kita dapat.
Masya Allah, Subhanallah punyalah sayang
betul Allah kat kita ni kan? Contoh
rezeki bentuk ini seperti tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat lah, ada
orang hadiah tudung baru lah, mudah dalam menuntut ilmu senang faham dan banyak
lagi contoh lain. Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki
yang kedua DULU. Sebab Percayalah rezeki Allah itu ada untuk setiap hambaNya, Cuma
cepat atau lambat sahaja
Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini
adalah harta. Sedangkan nikmat Allah yang luas juga rezeki seperti Ilmu, umur,
jodoh, anak, keluarga, kesihatan, kelapangan, mudah faham dalam menuntut ilmu
dan sangat banyak lagi nikmat Allah yang tidak tersenarai. Cuma manusia sahaja
yang tidak menghargainya dan bersyukur. Astaghfirullahal ‘azim. Ya Allah jadikan
kami ini hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu yang tidak terhingga.
Aamin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan