Mati itu motivasi diri
26 Mac 2018 Assalamualaikum :)
26 Mac 2018 Assalamualaikum :)
كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ
أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدْخِلَ ٱلْجَنَّةَ
فَقَدْ فَازَ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلْغُرُورِ
Maksudnya: Tiap-tiap yang berjiwa
akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan
pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka
sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan
yang memperdayakan. (Al Imran 185)
Peringatan mengenai kematian
banyak tercatat di dalam al-Quran mahupun Hadis buat panduan kepada manusia
dalam menjalani kehidupan agar jelas destinasi yang pasti dilalui setiap manusia.
“Rasulullah pernah bersabda kepada sahabat
maksudnya: “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia
akan datang mengerumuni kamu (umat Islam) bagaikan orang yang kelaparan
mengerumuni bekas hidangan mereka.”
“Para sahabat dilihat kehairanan
dengan sabda Baginda kerana pada masa itu umat Islam sangat digeruni musuh. Ini
kerana mereka juga sangat menyakini janji Allah sebagaimana firman-Nya
bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya
Allah membela kamu (mencapai kemenangan) dan meneguhkan kedudukan kamu.”
(Surah Muhammad, 47)
Lalu seorang sahabat bertanya,
“Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu
pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan
mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, lalu Allah
akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘al-wahn’. Seorang sahabat
bertanya, ‘apakah al-wahn itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia
dan takut mati.”
(Riwayat Abu Daud)
Penyakit takutkan mati akan
melanda manusia yang cintakan dunia, hanyut dengan keindahan dunia yang
sementara. Namun sebagai Muslim, jangan jadikan kematian itu penyebab ketakutan
kerana sebenarnya zahirnya yang mati itu jasad kita bukannya roh kita kerana roh
tidak mati. Tetapi jadikan kematian itu sebagai motivasi diri untuk melipat
gandakan amal soleh di dunia ini.
Justeru itu, ayuh perbanyakkan
mengingati mati dalam masa yang sama menyediakan bekalan yang ingin dibawa ke
akhirat kelak seperti menunaikan solat, berpuasa, berzikir, membaca al-Quran
dan banyak lagi kerana mati tidak mengenal usia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan