Selasa, 27 Mac 2018

Kurangnya pergaulan akan mengurangkan hikmah.

Manusia tidak lepas daripada masalah
Keajaiban Istighfar
Tinggalkan maksiat, banyakkan amal

Berjuang mendekati Allah ialah berjuang melawan hawa nafsu.
Rezeki itu bergantung kepada Qadar Allah dan usaha manusia.
 Beriman kepada Qadha’ dan Qadar adalah rukun iman yang keenam. Qadha’ ialah ketetapan Allah misalnya kematian dan lain-lain manakala qadar bererti takdir iaitu ketentuan Allah kepada hambanya. Qadar manusia walaupun sudah ditentukan Allah sejak awal lagi, namun ianya boleh diubah dengan usaha manusia. Misalnya jika qadar Allah kepada sifulan itu untuk terjatuh ke lembah maksiat didunia ini, namun ianya boleh diubah jika sifulan itu berusaha untuk menjauhi lembah itu dengan menuntut ilmu, bergaul dengan orang soleh, berusaha mujahadah diri bersungguh-sungguh dan banyak lagi.

      Rezeki manusia juga bergantung kepada Qadar Allah dan usaha manusia. Apabila disebut ‘rezeki’ kebanyakan orang terus membayangkan duit. Memang duit itu salah satu bentuk rezeki namun sebenarnya konsep rezeki ini adalah lebih luas lagi.Konsep rezeki terbahagi kepada tiga:

1)      Kita usaha dan kita dapat.
Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar upah. Rezeki ini selalu kita Nampak.

2)      Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita.
Contohnya, upah yang kita dapat, kita sedekahkan kepada orang kan ‘sharing is caring’ atau tiba-tiba computer riba rosak, perlu diperbaiki cepat terutama pelajar nak buat assignment. Ramai orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya.  Sedangkan banyak hikmah disebaliknya kerana ianya bertujuan untuk sucikan harta kita, pengampunan dosa kita, dan mungkin Allah nak beri nikmat yang lebih besar daripada ini nanti.

3)      Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat.
Masya Allah, Subhanallah punyalah sayang betul Allah kat kita ni kan?  Contoh rezeki bentuk ini seperti tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat lah, ada orang hadiah tudung baru lah, mudah dalam menuntut ilmu senang faham dan banyak lagi contoh lain. Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab Percayalah rezeki Allah itu ada untuk setiap hambaNya, Cuma cepat atau lambat sahaja


      Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan nikmat Allah yang luas juga rezeki seperti Ilmu, umur, jodoh, anak, keluarga, kesihatan, kelapangan, mudah faham dalam menuntut ilmu dan sangat banyak lagi nikmat Allah yang tidak tersenarai. Cuma manusia sahaja yang tidak menghargainya dan bersyukur. Astaghfirullahal ‘azim. Ya Allah jadikan kami ini hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu yang tidak terhingga. Aamin.

Isnin, 26 Mac 2018

Mati itu motivasi diri
26 Mac 2018 Assalamualaikum :)


كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ ٱلْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدْخِلَ ٱلْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلْغُرُورِ

Maksudnya: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.     (Al Imran 185)

    Peringatan mengenai kematian banyak tercatat di dalam al-Quran mahupun Hadis buat panduan kepada manusia dalam menjalani kehidupan agar jelas destinasi yang pasti dilalui setiap manusia.

 “Rasulullah pernah bersabda kepada sahabat maksudnya: “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu (umat Islam) bagaikan orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka.”

“Para sahabat dilihat kehairanan dengan sabda Baginda kerana pada masa itu umat Islam sangat digeruni musuh. Ini kerana mereka juga sangat menyakini janji Allah sebagaimana firman-Nya bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (mencapai kemenangan) dan meneguhkan kedudukan kamu.
(Surah Muhammad, 47)

    Lalu seorang sahabat bertanya, “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab: “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, lalu Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘al-wahn’. Seorang sahabat bertanya, ‘apakah al-wahn itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati.”
(Riwayat Abu Daud)

    Penyakit takutkan mati akan melanda manusia yang cintakan dunia, hanyut dengan keindahan dunia yang sementara. Namun sebagai Muslim, jangan jadikan kematian itu penyebab ketakutan kerana sebenarnya zahirnya yang mati itu jasad kita bukannya roh kita kerana roh tidak mati. Tetapi jadikan kematian itu sebagai motivasi diri untuk melipat gandakan amal soleh di dunia ini.

     Justeru itu, ayuh perbanyakkan mengingati mati dalam masa yang sama menyediakan bekalan yang ingin dibawa ke akhirat kelak seperti menunaikan solat, berpuasa, berzikir, membaca al-Quran dan banyak lagi kerana mati tidak mengenal usia.