Tiga titik kehidupan manusia
26 Mac 2018 Assalamualaikum semua :)
Manusia dijadikan oleh Allah di muka bumi ini sebagai
khalifah kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara hatta dunia.
Walaupun Allah anugerahkan akal dan sempurna anggota badan serta nikmatNya yang
menjangkaui lautan dan daratan di dunia ini untuk manfaat hambaNya, namun
manusia harus sedar bahawa dunia ini hanya tempat persinggahan.
Hal ini bertepatan dengan tiga titik kehidupan yang dikongsikan
oleh Ustazah Fatimah Syarha iaitu titik bila mana kita dilahirkan kedunia
selepas melalui alam rahim, kemudian titik kehidupan yang sedang dilalui kini
dan titik yang ketiga iaitu kematian yang tidak tahu kapan tibanya.
Sebagaimana kata-kata Imam al-Ghazali apakah yang paling dekat dengan kita didunia ini? Bukanlah
ibu bapa, rakan dan lain-lain tetapi kematian kerana setiap yang bernyawa pasti
merasai mati sebagaimana diceritakan di dalam al-Quran Surah al-Imran ayat 185.
Justeru itu, ayuhlah bersama-sama menghargai saki baki
kehidupan ini dengan memperbanyakkan amal ibadah sebagai bekalan untuk
kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak.
26 Mac 2018_KTHO UKM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan